Di antara aktiviti yang diadakan.

Kursus Jurulatih dan Pengadil
PBJS menganjurkan kursus jurulatih dan pengadil peringkat pengenalan dengan kerjasama dengan PBJM
Para jurulatih dan pengadil yang mengikuti kursus yang ditawarkan dengan jayanya, akan mendapat sijil penyertaan yang diiktiraf oleh PBJM
Kejohanan Bola Jaring
PBJS menganjur, mengelola, sanction kejohanan bola jaring peringkat negeri bagi pelbagai kategori termasuk peringkat umur, amatur, mix, bersyarat, dan open.
PBJS juga mengalu-alukan penganjuran kejohanan secara persendirian dan didaftarkan sebagai rekod persatuan untuk kejohanan peringkat negeri.


Program Pembangunan
Bagi menyediakan pelapis pasukan negeri, PBJS menjalankan program pembangunan yang mengumpulkan bakat-bakat dari peringkat umur bawah 21 untuk dilatih dan dibangunkan untuk saringan ke pasukan negeri.
Para pemain dipilih berdasarkan pencapaian di peringkat sekolah, daerah, dan negeri dan juga di pertandingan peringkat amatur. Menerusi latihan berterusan dan pendedahan di pertandingan peringkat amatur, para pemain dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang tinggi untuk saringan ke peringkat kebangsaan.
Program ini juga mengintegrasikan para pemain dari sekolah sukan seluruh negara yang layak mewakili Selangor untuk serapkan ke dalam skuad utama kelak.
Akademi PBJS
PBJS menyediakan platform asas bagi anak-anak yang berminat dan cenderung ke arah sukan bola jaring. Pengenalan kepada sukan bola jaring, persediaan fizikal, kemahiran asas, dan fun games merupakan struktur untuk platform ini.
Akademi juga merupakan satu platform untuk para pemain negeri mencurahkan kembali pengalaman dan kemahiran mereka kepada akar umbi sebagai suatu bentuk apresiasi dan galakan untuk mereka dan para pemain muda untuk terus menceburi sukan bola jaring.
Melalui latihan di akademi, para pemain mempunyai kelebihan dan kemahiran yang boleh diketengahkan di peringkat sekolah masing-masing; dan bagi yang benar-benar berbakat, mempunyai peluang untuk dipilih ke Program Pembangunan Selangor.


Latihan Pasukan Negeri
Para atlet yang terpilih mewakili Selangor untuk kejohanan peringkat kebangsaan dikumpulkan untuk latihan persediaan. Jurulatih lantikan PBJS akan membuat program latihan persediaan bagi menhadapi kejohanan tersebut bagi memastikan Pasukan Selangor menampilkan persembahan yang memberansangkan.
Takwim PBJS 2021
tertakluk kepada situasi Covid-19 semasa
TARIKH | PROGRAM | TEMPAT | PERINGKAT |
---|---|---|---|
15 OKT 2021 | KEJOHANAN BOLA JARING | DEWAN MBSA | SEKOLAH RENDAH |
20 NOV 2021 | KEJOHANAN BOLA JARING | BUKIT JALIL | NEGERI |
8 DIS 2021 | KEJOHANAN BOLA JARING | KUALA LUMPUR | DAERAH |
Keputusan Kejohanan Amatur
Kejohanan pada 2020 telah dimenangi oleh………..

Perkhidmatan yang diberikan.
1
Kursus Jurulatih dan Pengadil
PBJS menganjurkan kursus jurulatih dan pengadil peringkat pengenalan dengan kerjasama dengan PBJM
Para jurulatih dan pengadil yang mengikuti kursus yang ditawarkan dengan jayanya, akan mendapat sijil penyertaan yang diiktiraf oleh PBJM

2
Pengadil
PBJS mempunyai barisan pengadil yang berintegriti untuk mengadili perlawanan bola jaring di setiap peringkat.

3
Gelanggang
Salah satu dari isu yang mencabar untuk para pemain atau pasukan bola jaring di Selangor ialah mendapatkan gelanggang yang sesuai untuk aktiviti bola jaring. Justeru, PBJS boleh mencadangkan gelanggang yang berdekatan dengan anda samada gelanggang awam ataupun gelanggang persendirian.

4
Penganjuran
Pihak persatuan mempunyai pengalaman yang luas dalam penganjuran kejohanan bola jaring termasuk kejohanan peringkat sekolah, daerah, badan kerajaan, swasta, dan negeri. Apa pun format dan jumlah pasukan boleh dikendalikan dengan cara yang efisien dan menepati keperluan anda.

5
Peralatan
Peralatan kejohanan yang boleh disewa pakai termasuk, bola pertandingan, tiang gol, flip score, time keeping
