Penglibatan dan Pasukan Negeri

Jurulatih

Jurulatih merupakan orang yang bertanggungjawab membimbing, melatih, menyediakan para pemain dan pasukan bagi menyertai pertandingan atau kejohanan yang terpilih.  Fungsi jurulatih sangat penting dalam membentuk kondisi fizikal, mental, dan jati diri seseorang pemain atau sesebuah pasukan.  Jika anda berminat untuk menjadi jurulatih, sila berikan maklumat anda untuk kami cadangkan kepada pasukan yang berminat.

Pengadil

…….

Pasukan

Jika anda sudah mempunyai pasukan atau ingin membentuk pasukan baru, kami boleh bantu anda untuk berhubung dengan para pemain di kawasan anda.  Kami juga boleh memaklumkan kepada pasukan yang berdaftar dengan PBJS tentang kejohanan yang bakal diadakan dan memberi keutamaan kepada pasukan anda untuk menyertainya.

Latihan atau Social Player

Anda minat bermain bola jaring tetapi tidak ada pasukan di kawasan tempat anda?  Atau anda ingin mengikuti latihan bagi memenuhi kuota aktiviti sihat anda?  Sila daftar diri untuk kami bantu anda meneruskan minat anda di dalam sukan bola jaring ini.

Kejohanan Amatur

Organisasi anda ingin mengadakan kejohanan bola jaring di dalam Selangor?  Jemput mendaftar dengan PBJS sebagai rekod aktiviti dan kami akan bantu mewar-warkan program anda di kalangan pasukan yang berdaftar, di portal ini, dan di media sosial PBJS.  Keputusan kejohanan juga akan dipaparkan di laman ini.

BORANG PENYERTAAN:

Penglibatan Dalam Sukan Bola Jaring di Selangor

Pihak PBJS mengalu-alukan penglibatan dalam sukan bola jaring di Selangor agar sukan ini menular ke seluruh negeri dan dapat menghasilkan bakat-bakat yang boleh dibawa ketengah.

Anda seorang jurulatih, pengadil, pemain rekreasi, pemain cilik, pemain beraspirasi, and pemain yang bersedia untuk mengharumkan nama Selangor, sila isi maklumat di bawah dan kami akan hubungi anda.

Pasukan Negeri

1

Pasukan Negeri

Di antara misi utama PBJS ialah membentuk pasukan negeri yang berdaya saing, kompetitif, digeruni pihak lawan, dan mempunyai jati diri yang teguh.  Pasukan negeri Selangor mesti terdiri dari barisan pemain yang komited, berdisplin, mempunyai sikap yang baik, berprestasi tinggi, dan mempunyai semangat berpasukan yang cemerlang.  

Adalah menjadi objektif PBJS untuk memastikan Pasukan Selangor sentiasa menduduki tempat teratas dalam setiap kejohanan yang disertai.

Dalam mencapai misi ini, PBJS melaksanakan empat tahap pemain yang dimulakan dari peringkat akar umbi.

2

Akademi u10, u16

Akademi Bola Jaring Selangor diasaskan pada bulan Oktober 2019 di bawah kelolaan Persatuan Bola Jaring Selangor (PBJS).  Akademi ini bertujuan untuk menyediakan pusat latihan bola jaring peringkat asas bagi sasaran umur bawah 10 tahun dan bawah 16 tahun.

Para pemain akademi akan diberi latihan dan pendedahan kepada persediaan fizikal, kecerdasan, kekuatan, dan asas-asas sukan bola jaring seperti teknik hantaran, halangan, jaringan, dan undang-undang.

Pasukan akademi akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah yang terpilih untuk memberi pendedahan kepada pertandingan bola jaring.

Pemain akademi yang berbakat dan mencapai tahap fizikal dan kecerdasan yang sesuai, akan diserapkan ke dalam Pasukan Pembangunan Bola Jaring Selangor.

Akademi Bola Jaring Selangor juga merupakan suatu saluran bagi bekas pemain negeri Selangor untuk bersama  berkhidmat membangunkan sukan bola jaring di negeri Selangor.

3

Pembangunan u18, u20

Para pemain yang telah menguasai kemahiran and kecerdasan asas, dan menunjukkan bakat dan prestasi yang memberansangkan di peringkat sekolah, MSSD, MSSS, IPTA/IPTS dan juga kejohanan amatur akan diserapkan ke dalam Pasukan Pembangunan Selangor yang akan memberi tumpuan khusus kepada persediaan pertandingan amatur seperti fitness, taktik dan strategi perlawanan, dan sebagainya.  Pasukan Pembangunan ini akan menyertai mana-mana pertandingan terbuka sebagai persediaan dan menambah pengalaman bermain di peringkat yang lebih tinggi.

Program pembangunan juga merangkumi pemain-pemain dari sekolah sukan negeri dan sekolah sukan Malaysia.

Dari pencapaian di dalam pasukan pembangunan ini, para pemain berpeluang untuk dipilih mewakili pasukan Negeri Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan seperti Kejohanan Remaja Kebangsaan, Kejohanan Terbuka Kebangsaan, dan SUKMA.  Melalui kejohanan peringkat kebangsaan inilah, mereka berpeluang pula untuk dipilih mewakili negara untuk ke pertandingan peringkat antarabangsa.

4

Selangor u21

Pemain yang terbaik dalam peringkat umur bawah 21 tahun, akan disaring untuk pemilihan mewakili Pasukan Selangor dalam Kejohanan Remaja Kebangsaan dan SUKMA.  Pemain yang akan menyertai saringan peringkat ini terdiri dari pemain dari Program Pembangunan, sekolah sukan negeri, sekolah sukan Malaysia, dan pemain negeri atau negara yang masih aktif.

5

Selangor Angels

Pasukan utama Selangor tanpa batas umur tentunya membariskan pemain yang terbaik dalam Selangor.  Mereka akan bertanding di Kejohanan Terbuka Kebangsaan dan Malaysian Netball Super League.  

Bagi anda yang berminat (dan berbakat) untuk menyertai Akademi atau Program Pembangunan, sila daftarkan nama anda dan ambil fitness assessment test.  Kepada yang berjaya melepasi tahap kecerdasan pemain akan diserap terus ke Program Pembangunan Selangor

Scroll to Top