Maklumat Asas

Persatuan Bola Jaring Selangor (PBJS) merupakan persatuan bola jaring yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada awal 1970-an.  PBJS bersama persatuan bola jaring negeri yang lain bergabung dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).

PBJS beroperasi di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

Visi/Misi/Objektif

  • Menduduki tempat teratas pasukan negeri di peringkat kebangsaan.
  • Melahirkan pemain-pemain kebangsaan yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
  • Menyediakan platform (utk pemain, penggiat sukan bola jaring, penganjuran

Peranan PBJS

Menjayakan permainan bola jaring mengikut undang-undang permainan yang diiktirafkan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia dari masa ke semasa.

Bertindak sebagai badan koordinasi bagi berbagai-bagai persatuan, kelab, dan pasukan serta mengawasi permainan bola jaring di seluruh Negeri Selangor.

Mengadakan pertandingan dan mengukuhkan tali persahabatan dan perpaduan di antara pasukan-pasukan .

Menyediakan barisan pemain, jurulatih, dan pegawai yang mewakili Negeri Selangor di kejohanan peringkat kebangsaan seperti Kejohanan Remaja Kebangsaan, Kejohanan Terbuka Kebangsaan, SUKMA, dan lain lain.

Mencungkil bakat pemain, jurulatih, dan pengadil dari peringkat akar umbi untuk dibangunkan ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Galeri

Scroll to Top